Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA

PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA PENGENALAN Pergaulan bebas adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang dimana "bebas" yang dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma yang ada. Pengertian pergaulan bebas adalah merupakan proses interaksi antara individu dengan individu atau individu dengan kelompok. Pengertian bebas adalah terlepas dari kewajipan, aturan, tuntutan, nilai agama, dan nilai kesusilaan. Pengertian pergaulan bebas dari segi agama adalah proses bergaul dengan orang lain tetapi melepasi ikatan batasan pergaulan. Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud " hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul"  memberi makna batas dalam pergaulan bebas. FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA DIRI SENDIRI Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah , meng...

PERGAULAN ANTARA MUSLIM DENGAN NON MUSLIM

PERGAULAN ANTARA MUSLIM DENGAN NON MUSLIM ©        Perlulah menjaga hubungan antara agama  dengan tidak menghina agama lain. ©        Tidak terlampau berlebih lebihan ketika bersama  orang bukan islam dari segi fizikal  ataupun percakapan. ©        Elakkan dari mendedahkan aurat atau tubuh badan kita  kepada orang bukan islam walaupun dengan jantina yang sama.Ia dapat mengelakkan fitnah dan tanggap buruk orang bukan islam terhadap orang islam. ©        Menjaga aurat dengan memakai pakaian yang sopan ©        menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak dipandang serong oleh orang bukan islam. ©        Bersikap terbuka dan hormat menghormati dengan orang bukan islam supaya agama islam lebih mudah dan senang untuk mereka dekati. ©      ...

PERGAULAN BEBAS ANTARA SAUDARA-MARA

PERGAULAN BEBAS ANTARA SAUDARA-MARA Berkumpul sesama saudara-mara memang menyeronokan terutama ketika kunjungan pada majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, hari raya (akan mendatang) dan sebagainya. Ketika itulah sanak suadara berkumpul dan melakukan pelbagai tugas untuk menjayakan majlis-majlis tersebut. Pada Abi cara begini mememang baik dalam mengeratkan persaudaraan. Namun, ada suatu perkara yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang, iaitu dalam soal penjagaan aurat dan batas pergaulan. Jangan hanya mereka hanya sepupu, kita boleh memperlihatkan aurat sesama kita. Apakah kerana seorang pakcik (suami kepada adik-beradik ibu kita), maka kita boleh bergaul bebas tanpa segan-silu? Wajib menjaga pergaulan dan aurat dalam apa jua situasi. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar atau tidak faham batas-batasnya. Agama kita Islam bukan menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mengawal supaya berada pada landasan yang ditetapkan Allah s.w.t. HORMATI ANAK ...

KESAN-KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA BATAS PERGAULAN

KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS 1.Merosakkan jiwa dan akhlak Akan lahirnya manusia yang mempunyai akhlak dan jiwa yang tidak sihat kerana terlalu alpa dengan keseronokkan sehingga terlupa akan batas-batas di antara lelaki dan juga perempuan. 2. Penzinaan akan berleluasa Dengan pergaulan yang terlalu bebas ini akan menyebabkan berlakunya zina yg berleluasa kerana pergaulan yang terlalu bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melepaskan hawa nafsu syahwat. 3. Pembuangan bayi Remaja yg terlibat dalam masalah ni lebih terdedah kepada perbuatan seks bebas. Hal ini akan menyebabkan ramai remaja perempuan mengandungkan anak tidak sah taraf dan berlaku peningkatan kes pembuangan bayi. 4. Merosakkan maruah diri dan masyarakat Dengan wujudnya masyarakat yang bergaul bebas ini, ia akan merosakkan maruah diri sendiri dan juga masyarakat. Masyarakat akan memandang serong terhadap individu tersebut. 5. Dimurkai oleh Allah SWT Bergaul tanpa mengikut adab-adab pergaulan di ...