Skip to main content

PERGAULAN ANTARA MUSLIM DENGAN NON MUSLIM

PERGAULAN ANTARA MUSLIM DENGAN NON MUSLIM

©       Perlulah menjaga hubungan antara agama 
dengan tidak menghina agama lain.
©       Tidak terlampau berlebih lebihan ketika bersama
 orang bukan islam dari segi fizikal  ataupun percakapan.
©       Elakkan dari mendedahkan aurat atau tubuh badan kita
 kepada orang bukan islam walaupun dengan jantina yang sama.Ia dapat mengelakkan fitnah dan tanggap buruk orang bukan islam terhadap orang islam.
©       Menjaga aurat dengan memakai pakaian yang sopan
©       menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak dipandang serong oleh orang bukan islam.
©       Bersikap terbuka dan hormat menghormati dengan orang bukan islam supaya agama islam lebih mudah dan senang untuk mereka dekati.
©       Kita perlulah memberi pertolongan kepada mereka ketika susah dan tidak kedekut dalam memberikan sumbangan kepada mereka walaupun mereka bukan seagama dengan kita..
©       Kita boleh berkawan atau bersahabat dengan mereka,tetapi kita tidak boleh terikut ikut dengan ajaran agama mereka sepert contoh,i kita tidak boleh sembahyang ditempat gereja atau sebarang amalan amalan yang boleh menjadikan aqidah kita terpesong/rosak yang boleh membawa kepada menjadi murtad.oleh itu,kita perlulah berhati hati ketika bergaul atau berkawan dengan orang bukan islam.



 



                                                                                                      Islam tidak melarang umatnya bergaul     
                                                                                                     dengan kaum non muslim.Hanya saja,  
                                                                                                     dalam pergaulan Islam telah memberikan
                                                                                                     adab-adabnya baik dengan sesama
                                                                                                     muslim dan adab dengan non muslim.  
                                                                                                     Untuk kali ini, akan Mia bahas tata cara
                                                                                                     pergaulan dg non muslim, sesuai dengan
                                                                                                     pertanyaan yang diajukan.
  

                                                                                                         Dibolehkan melakukan kerjasama dlm  hal hablum minannas (antar manusia dengan manusia) spt perdagangan, pendidikan umum, pekerjaan, memberantas kebatilan, menolong orang yang dizhalimi, memberantas segala bahaya terhadap kemanusiaan, menjaga keamanan lingkungan, memperoleh barang bukti dan memberantas penyakit-penyakit menular, dan lain-lainnya. Tapi tdk boleh kerjasama dlm hal agama. spt ikut perayaan suatu agama, atau melakukan ibadah bersama. Ibadah bersama yang tidak dibolehkan ini tentu saja dlm konteks ibadah manusia ke tuhan spt sholat atau misa. Tapi ibadah antar manusia spt saling memberikan hadiah/sedekah, senyum, mengucapkan salam, berbuat baik dll dibolehkan
      Makanya dlm ibadah yang menyangkut perayaan hari besar agama ttu, ada ulama berpendapat, tdk boleh mengucapkan selamat kpd non muslim saat perayaan agamanya. Tapi kalau untuk perayaan umum seperti kelahiran, naik jabatan, ulang tahun dan hal2 umum lainnya maka dibolehkan. Krn, perayaan agama spt hari besar agama lain, itu udah dlm ranah aqidah. Tapi ada ulama lain yang berpendapat, boleh mengucapkan selamat tetapi tdk boleh mengikuti perayaannya. Toleransi ummat islam utk non islam yg sdg merayakan hari besarnya adalah dg tdk mengganggu, menghalang2i dan tdk ikut campur dlm perayaan tsb.

Ini didasarkan surat al-kafirun:

1. Qul yaa ayyuhal kaafiruun.
Katakanlah: Hai orang-orang kafir,
2. Laa a'budu maa ta'buduun.
aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
3. Wa laa antum 'abiduuna maa a'bud.
Dan kamu tdk pula menyembah apa yang aku sembah,
4. Wa laa ana 'aabidum maa 'abattum.
dan aku bukan menyembah apa yang kamu sembah,
5. Wa laa antum 'aabiduuna maa a'bud.
Dan kamu tdk pula menyembah apa yang aku sembah
6. Lakum diinukum wa liya diin.

PENYELESAIAN MENGIKUT KONTEKS ISLAM

Setiap permasalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Perkara ini juga sama dengan pergaulan bebas yang semakin berleluasa di negara kita Malaysia.

Cara untuk menangani masalah pergaulan bebas mengikut konteks Islam adalah :

i. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai model yang patut dicontohi
Kita semua sedia maklum Rasulullah SAW merupakan model yang paling sempurna untuk dicontohi tidak kiralah dari segi ahklaknya, ibadahnya dan sebagainya. Kenabian itu adalah sesuatu tugas taklifiyah (kerahan) dan bukannya tugas iktisabiyah (usahaan) kerana Allah S. W. T itu lebih mengetahui di mana semestinya Dia meletakkan tanggungjawab perutusan itu. Dia lebih maklum siapa yang mesti dipilihnya dari manusia untuk menjadi Rasul- rasul yang akan membawa berita gembira dan berita ancaman-Nya. Oleh disebabkan itulah AlLAH S. W. T telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi ‘ qudwah shalihah’ atau tauladan yang baik bagi kaum muslimin di sepanjang pergolakan sejarah dan juga sebagai cahaya yang menerangkan dan bulan penyuluh dan pembimbing kepada seluruh bangsa manusia pada setiap zaman dan tempat.

Allah S. W. T telah berfirman :
“ Sesungguhnya bagi diri kamu dari Rasulullah itu contoh tauladan yang baik”. (Al- Ahzab : 21)

Oleh yang demikian, para remaja haruslah menjadikan Rasulullah SAW sebagai model yang patut mereka contohi dan bukannya artis yang mereka lihat saban hari di kaca televisyen seperti Scha Al- Yahya, Rebacca Nur Al- Islam, Nabil dan Awal Ashaari. Dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai model hidup kita, nescaya tidak akan berlakulah pergaulan yang teruk di antara lelaki dan wanita. Hal ini kerana dengan akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, pastinya para remaja berasa malu untuk melakukan perkara yang ditegah oleh Allah S. W. T dan pastinya akan menjaga maruah dan pergaulan mereka dalam seharian. Apabila ini terjadi tidak akan berlakulah pergaulan bebas yang berleluasa di Malaysia.

ii. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan menunjukan contoh teladan yang baik
Kita pastinya pernah mendengar pepatah yang mengatakan jika ingin meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini sama dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak mereka sedari awal agar akhlak mereka terpelihara daripada segala unsur negatif seperti yang tercatat di dalam buku Pendidikan Anak- anak Dalam Islam karya Abdullah Nasih Ulwan mengatakan contoh teladan di dalam membentuk anak adalah di antara cara- cara berkesan yang banyak manfaatnya pada melengkapkan si anak itu dari segi akhlaknya serta membentuknya dari segi rohani dan sosialnya. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa adalah contoh tauladan yang paling utama dan baik sekali dalam pandangan si anak.

Apabila ibu bapa menunjukan contoh dan teladan yang mantap dengan mempamerkan akhlak yang mulia, pastinya si anak akan meniru perlaksanaannya dan mempamerkan akhlak yang dicontohi daripada ibu bapanya kepada orang lain pula, sama ada dia sedar atau tanpa sedar. Secara tidak langsung juga tabiat dan perasaannya gambaran kata- bicara dan perilaku ibu bapa itu secara rohaniah dan maknawiahnya, sama ada si anak itu tahu atau tidak tahu.

Perkara ini dapat disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam menunjukkan contoh teladan yang baik kerana contoh teladan yang baik yang ditunjukan itu akan menjadi suatu gejala yang amat penting sekali dalam kelurusan si anak atau kebengkokannya. Oleh yang demikian, aktiviti pergaulan bebas pastinya dapat dicegah dan dibanteras jika si anak mendapat pendidikan teladan yang baik sejak dari bayi lagi. Semuanya bermula di rumah.






CADANGAN

Ibu bapa, masyarakat dan pemerintah memainkan peranan yang amat penting dalam membanteras gejala pergaulan bebas dan mencegah para remaja daripada menjadikan aktiviti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan sebagai satu budaya. Di dalam pelajaran Prinsip- prinsip Asas Islam (CTU 101) di bawah tajuk Syariah Dalam Kehidupan Muslim, telah diterangkan di bawah sub- topik Maqasid Syariah/ Objektif Syariah (Perlaksanaan) iaitu dalam dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S. W. T. syariah Islam terbahagi kepada tiga iaitu :

- Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu

- Perintah di mana perlaksanaan dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah

- Perintah yang tidak mampu atau boleh dilaksanakan di peringkat individu mahupun kolektif tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan pemerintah.

 









KESIMPULAN
Kesimpulanya semua pihak harus bekerjasama untuk memainkan peranan mereka sebaik-baiknya kerana jika aktiviti pergaulan bebas ini tidak dibendung kita akan mendapat masalah lagi besar.

Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif berbanding positif dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan terjerumus ke arah penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan malu melihat kedangkalan individu ini dalam menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi dan negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina tempat perlindungan bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang dibuang. Semua ini tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti, ia melibatkan seluruh pihak di sesebuah negara.

Antara lain, dalam mencegah pergaulan bebas daripada berleluasa, ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan menunjukan contah tauladan yang baik kepada anak mereka sedari anaknya masih bayi. Seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Para remaja juga haruslah mengambil inisiatif dengan lebih mempelajari agama Islam dan mengukuhkan iman mereka agar tidak terpesong dari landasannya.

Kesimpulannya, pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya. Wallahualam.Adat bersendi syarak,syarak bersendi kitabullah..

Comments