Skip to main content

PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA

PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA





PENGENALAN

Pergaulan bebas adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang dimana "bebas" yang dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma yang ada. Pengertian pergaulan bebas adalah merupakan proses interaksi antara individu dengan individu atau individu dengan kelompok.
Pengertian bebas adalah terlepas dari kewajipan, aturan, tuntutan, nilai agama, dan nilai kesusilaan. Pengertian pergaulan bebas dari segi agama adalah proses bergaul dengan orang lain tetapi melepasi ikatan batasan pergaulan.
Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud " hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul"  memberi makna batas dalam pergaulan bebas.




FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA


DIRI SENDIRI
Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah , mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas.
Dalam keadaan demikian , jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak.


INSTITUSI KELUARGA
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk mengembang dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga , melindungi , mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa.
Walau bagaimanapun, institusi keluarga hari ini dilihat gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang anak.
Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya , berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah , bohsia , pelacuran , buang bayi , vandalisme dan sebagainya. Walau bagaimanapun , masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.


RAKAN SEBAYA
Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri.
Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temanya hanya supaya dia diterima oleh melompok tersebut. Pelbagai desakan yang di terima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan seseorang melakukan seks bebas. .




MASYARAKAT
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain.
Tidak kira sama ada jiran tetangga , ibu bapa , peniaga-peniaga atau ahli korporat , mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya “tidak mahu menjaga tepi kain orang” telah menyebabkan salah laki seks bebas meningkat.
Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambik peduli. Lebih-lebih lagi jika kurangnya semangat dan budaya kejiranan , salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.


LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH



HUBUNGAN BERKUALITI DI ANTARA REMAJA, KELUARGA DAN GURU
Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan kehendak untuk berpasangan dengan matlamat hidup iaitu untuk berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi.
Oleh yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai dengan ahli keluarga dan guru-guru. Apabila hubungan tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan dukanya serta tidak memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.


MEMILIH RAKAN
Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah remaja akan mudah didampingi oleh ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia. Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik.
Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.
Rakan yang tidak baik pula mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang negatif serta tidak mengendahkan nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.



IMPLIKASI PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT,  AGAMA DAN NEGARA.

KERUNTUHAN AKHLAK
Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku seks bebas akan mengingkari ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya hendonisme iaitu budaya yang mementingkan keseronokan semata- mata dan mereka tidak peduli akan ajaran-ajaran agama serta mereka tidak takut akan dosa.
 Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini juga boleh menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

MENJEJASKAN MASA DEPAN
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan. Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka dan telah menconteng arang maruah keluarga.
Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung. 


CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS ANTARA RAKAN SEBAYA

·         Memperbaiki cara pandangan
·         Jujur pada diri sendiri
·         Berfikir mengenai masa depan
·         Berkomunikasi dengan baik
·         Banyakkan melakukan aktiviti yang positif bila dengan rakan sebaya dan elakkan daripada berdua - duaan





KESIMPULAN

Kesimpulannya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.
Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini.Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.

Comments