PERGAULAN
BEBAS ANTARA SAUDARA-MARA
Berkumpul sesama saudara-mara memang
menyeronokan terutama ketika kunjungan pada majlis kenduri kendara, majlis
perkahwinan, hari raya (akan mendatang) dan sebagainya. Ketika itulah sanak
suadara berkumpul dan melakukan pelbagai tugas untuk menjayakan majlis-majlis
tersebut. Pada Abi cara begini mememang baik dalam mengeratkan persaudaraan.
Namun, ada suatu perkara yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang, iaitu dalam soal penjagaan aurat dan batas pergaulan. Jangan hanya mereka hanya sepupu, kita boleh memperlihatkan aurat sesama kita. Apakah kerana seorang pakcik (suami kepada adik-beradik ibu kita), maka kita boleh bergaul bebas tanpa segan-silu? Wajib menjaga pergaulan dan aurat dalam apa jua situasi. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar atau tidak faham batas-batasnya.
Agama kita Islam bukan menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mengawal supaya berada pada landasan yang ditetapkan Allah s.w.t.
Namun, ada suatu perkara yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang, iaitu dalam soal penjagaan aurat dan batas pergaulan. Jangan hanya mereka hanya sepupu, kita boleh memperlihatkan aurat sesama kita. Apakah kerana seorang pakcik (suami kepada adik-beradik ibu kita), maka kita boleh bergaul bebas tanpa segan-silu? Wajib menjaga pergaulan dan aurat dalam apa jua situasi. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar atau tidak faham batas-batasnya.
Agama kita Islam bukan menyekat kebebasan anak-anak, tetapi mengawal supaya berada pada landasan yang ditetapkan Allah s.w.t.
HORMATI
ANAK
Pergaulan selamat hanya berlaku jika
semua orang rasa selesa dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman pergaulan. Ini termasuk ancaman secara fizikal
dan verbal (pertuturan).
Tiada usikan, gurauan dan jenaka
berbentuk seksual dalam kalangan saudara-mara. Ia perlu dikawal kerana anak
bersikap ingin tahu lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli keuarga yang
jarang ditemui.
Sikap ini boleh mendatangkan risiko gangguan mental dari mereka yang tidak
bertanggungjawab.
Dalam sesetengah keadaan, ibu bapa
mungkin tertanya-tanya, apa tindakan paling sesuai untuk mencegah pergaulan
bebas antara saudara-mara,
sekali gus memastikan anak tidak terdorong untuk memberontak apabila
bergaulan dengan ahli keluarga yang lain.
Cara paling bijaksana adalah dengan
memastikan kesedaran itu datang daripada anak-anak sendiri apabila bergaul dengan saudara-mara yang lebih
berusia berbanding mereka. Ibu bapa tidak akan mampu mengawal anak 24
jam sehari lebih-lebih lagi apabila berkumpul beramai-ramai di suatu tempat. Jika anak-anak bersama dengan ibu bapa, mereka akan lebih
berhati-hati dalam pertuturan dan pergerakan
Namun jika ia datang daripada
kesedaran, anak-anak
sendiri akan mencegah diri daripada terjebak dengan anasir yang boleh membawa
risiko gangguan mental ddan seksual apabila bersama saudara-mara. Mereka juga akan lebih kental dalam
menghadapi pujuk rayu dan tipu helah saudara-mara yang hanya bertopengkan manusia
.
Kekuatan dalaman ini ialah hasil
kerjasama dan didikan positif ibu bapa dan keluarga. Pengajaran dibuat dalam
bentuk penuh hormat dan berhemah. Jika anak melakukan kesilapan, ibu bapa
jangan mudah melenting dan menghukum. Sebaliknya, cuba memahami dan menasihati
terlebih dulu dan menjarakkan hubungan dengan saudara-mara yang mula menunjukkan
sikap tidak wajar daripada anak-anak. Namun janganlah sehingga memutuskan
hubungan antara ahli keluarga
Walau apa pun reaksi anak, sekiranya
ibu bapa mengambil pendekatan berterus terang mengenai risiko dan ancaman ketika berada
bersama saudara-mara,
mereka pasti memahami hasrat yang cuba disampaikan orang tua.
Berilah anak-anak sedikit ruang untuk membuat
keputusan sendiri tanpa terlalu mengongkong dan menilai mana
saudara yang baik untuk bergaul dan mana yang tidak baik untuk dihindari. Fokuskan pengajaran ini kepada diri
mereka, bukannya untuk kepentingan ibu bapa.

Comments