Skip to main content

KESAN-KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA BATAS PERGAULAN

KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS

1.Merosakkan jiwa dan akhlak
Akan lahirnya manusia yang mempunyai akhlak dan jiwa yang tidak sihat kerana terlalu alpa dengan keseronokkan sehingga terlupa akan batas-batas di antara lelaki dan juga perempuan.

2. Penzinaan akan berleluasa
Dengan pergaulan yang terlalu bebas ini akan menyebabkan berlakunya zina yg berleluasa kerana pergaulan yang terlalu bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melepaskan hawa nafsu syahwat.

3. Pembuangan bayi
Remaja yg terlibat dalam masalah ni lebih terdedah kepada perbuatan seks bebas. Hal ini akan menyebabkan ramai remaja perempuan mengandungkan anak tidak sah taraf dan berlaku peningkatan kes pembuangan bayi.

4. Merosakkan maruah diri dan masyarakat
Dengan wujudnya masyarakat yang bergaul bebas ini, ia akan merosakkan maruah diri sendiri dan juga masyarakat. Masyarakat akan memandang serong terhadap individu tersebut.

5. Dimurkai oleh Allah SWT
Bergaul tanpa mengikut adab-adab pergaulan di dalam Islam akan dimurkai oleh Allah SWT

Comments