Skip to main content

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BATAS-BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM 





POLITEKNIK METRO KUANTAN

SESI DISEMBER 2019

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM



TAJUK: BATAS-BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM
PENSYARAH: USTAZ WAN MOHD SABRI BIN WAN MAHMOOD
JABATAN: PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

KELAS: DHF5B
NAMA AHLI KUMPULAN:
MOHAMMAD HAKIM BIN MOHD ZAMHURI (29DHF17F2031)
NATASHA BALQIS BINTI MEHAMAD (29DHF17F2045)
MUHAMMAD NUR SYARIFFUDDIN BIN MOHD TARMEDDY (29DHF17F2043)
FATIN NURHAZWANI BINTI ZULKAFLI (29DHF17F2011)
AGKU MOHD AFIFI MAHFUZ BIN AG JAFFLY (29DHF17F2009)
NUR NAZIHAH BINTI ABD AZIZ (29DHF17F2003)
AMALINA BINTI MOHAMAD (29DHF17F2049)
AHMAD NAJMUDDIN BIN ALIAS (29DHF17F2053)



BATAS-BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM


Assalamualaikum semua, group saya telah diberi tugasan e-folio yang bertajauk batas-batas dalam pergaulan dalam subjek  DUA6022 Komunikasi Dan Penyiaran Islam.



Ajaran Islam amat mengambil berat tentang batas pergaulan sesama manusia. Pergaulan itu ada dua jenis, iaitu pergaulan antara sesama lelaki atau sesama perempuan dan kedua pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Pergaulan atau percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan dilihat sebagai sesuatu yang besar kesannya kepada keruntuhan akhlak ummah. Selalunya kita dengar istilah alah  kawan je, adik, kakak atau abang angkat je tak lebih pun. Ada juga yang mendakwa sebagai rakan sembang di alam maya atau apa jua istilah yang digunakan merujuk kepada hubungan sosial yang sebahagiannya menjurus kepada perbuatan mungkar.

Syariat Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan wanita asalkan mengikut lunas dan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh hukum syarak. Malah Islam menggalakkan pergaulan yang sihat dan membuahkan manfaat kepada mereka. Dalam Islam pergaulan yang sihat mengambil kira batas-batas mahram dan juga jenis aktiviti yang dijalankan.

Dalam memelihara batas-batas pergaulan lagi, Allah menyuruh lelaki dan perempuan agar menundukkan sebahagian pandangan mereka apabila bertemu ataupun berselisih jalan.



TERDAPAT 3 PERINGKAT DALAM PERGAULAN MENURUT ISLAM:

1.Peringkat berkenalan (taaruf)
Untuk membantu kita untuk saling kenal-mengenali.

2.Peringkat memahami (tafahum)
Dapat memahami sifat, latar belakang akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah kita untuk menentukan orang yang akan menjadi teman kita.

3.Peringkat tolong-menolong (taawun)
Dengan tolong-menolong sesama manusia, kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.


ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan seorang hambaNya dalam pergaulan (antara lelaki dengan wanita). Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana jua tempat seperti ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar, membeli-belah, menyertai program-pa rogram sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul adalah seperti yang berikut:


1. Menjaga pandangan

Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2. Jaga aurat dengan sempurna

Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

4. Menghindari tempat yang tidak baik

Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak(akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat) iaitu:

1. Itsarat asy-syahwat(menimbulkan gejolak syahwat). Dengan ini, ia dapat mengakibatkan dua hal negatif:
                 Idthirab an-nafs(kegoncangan dan kegelisahan jiwa)
                Al-wuqu’ fi al-ma’ashi(terjatuh kepada kemaksiatan)

2. Su’uzhann al-akhrin(menimbulkan prasangka buruk orang lain)

3. Al-wuqu’ fi an-nazhar al-muharram(terjatuh kepada perbuatan melihat yang diharamkan oleh Allah SWT)

4. Idh’af al-iman wa’adamu karahiyat al-ma’ashi(melemahkan iman dan kehilangan kebencian kepada kemaksiatan)

5. ‘Urdhatun li su-il khatimah(terancam meninggal dalam su’ul khatimah)

6. Mashdar lintisyar al-ma’ashi fi al-mujtama’(tempat maksiat menjadi sumber tersebarnya maksiat tersebut ke tengah masyarakat)

7. Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)


CARA MENJAGA MARUAH DIRI

1. Tidak memandang perkara yang haram
-  tidak melihat perkara yang haram seperti gambar lucah
-  tidak melihat perkara yang boleh menimbulkan keghairahan seks

2. Memelihara kehormatan diri
-  tidak mencari kepuasan seksual secara haram seperti berzina
-  menjauhi tempat-tempat maksiat seperti kelab malam dan disko


APAKAH PUNCANYA BOLEH TERJADINYA PERGAULAN BEBAS INI?

Sudah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis tentang bagaimana seseorang itu harus bergaul dengan kaum yang berlainan jantina dengannya, tetapi malangnya masih berlakunya pergaulan bebas di negara Islam. Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan hari ini sehingga mengetepikan batas-batas pergaulan dalam Islam. Pergaulan bebas ini sendiri berlaku disebabkan faktor kurangnya didikan agama, pengaruh melalui media sosial, dan rakan sebaya, kurang perhatian daripada keluarga dan rendahnya taraf pendidikan keluarga.




BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut  berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat Syar’ie dan kebiasaan adat setempat.

 1- Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.

Penjelasan al-Nawawi menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

 2- Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan

Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie ialah:

             a- Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa  muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

            b- Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.

Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya pergaulan.

           c- Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.

            d- Pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam

Pergaulan di antara dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya.
 Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.


  3- Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis keraian seperti kenduri kahwin dan lain-lain majlis dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

 4- Pergaulan Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar

Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.

Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan  di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan


KESIMPULAN

Seperti yang kita sedia maklum, pergaulan bebas ini lebih banyak memberi impak negatif daripada positif. Melalui pergaulan bebas ini akan menyebabkan individu terjerumus kepada penzinaan. Masalah pergaulan bebas ini dapat dibendung jika semua pihak dapat memberi kerjasama dalam mencegahnya agar tidak terus merosakkan akhlak remaja. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak mereka, memberi didikan agama yang sempurna sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu “mencegah itu lebih baik daripada merawat”.

Comments